Bab 7




-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SOALAN OBJEKTIF

BAB 7  :Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran  Negara Malaysia


1.         Apakah dua corak pemerintahan itu? (ms 161)
I        Sistem raja berperlembagaan
II       Sistem raja berkuasa mutlak
III      Sistem autokratik
IV     Sistem republik
A      I dan II                                                    
B      II dan III                                                
C     III dan IV
D     I dan IV

2.         Antara berikut, penyataan manakah berkaitan dengan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen? (ms 162)
I        Rakyat berpeluang membentuk kerajaan
II       Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya
III      Rakyat bebas dirasuah, disogok, dan ditekan oleh kerajaan yang memerintah
IV     Rakyat berhak menyokong, mengekalkan, atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya
A      I, II, dan III
B      I, II, dan IV                                            
C     I, III, dan IV
D     II, III, dan IV

3.         Apakah  yang  dimaksudkan dengan perlembagaan? (ms 162)
A      Undang-undang tertinggi yang digubal oleh parti yang memenangi pilihan raya
B      Undang-undang  tertinggi yang boleh dipinda sewenang-wenangnya yang menjadi      asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan
C      Undang-undang tertinggi yang tidak boleh dipinda yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan
D      Undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan

4.         Mengapakah perlembagaan penting kepada sesebuah kerajaan? (ms 163)
 a      Dijadikan dokumen tidak rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk mentadbir negara
B      Dijadikan dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara
C      Dijadikan dokumen rasmi antarabangsa dan di dalam-nya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan  mentadbir  negara
D      Dijadikan dokumen tidak rasmi antarabangsa dan di dalamnya terkandung segala peraturan untuk kerajaan  melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara

5.         Mengapakah    perlembagaan penting bagi sesebuah parti politik yang memerintah?  (ms 164)
A      Mengetahui hala tuju pentadbiran partinya
B      Mengetahui hala tuju pentadbiran negara
C      Mengetahui hala tuju pengurusan partinya
D      Mengetahui hala tuju masa hadapan negara

6.         Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 September 1965 terdiri daripada 183 perkara.    Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan peruntukan Perlembagaan Malaysia? (ms 163)
I        Senarai Kerajaan Persekutuan dan Senarai Kerajaan Wilayah Persekutuan
II       Institusi Yang di-Pertuan Agong
III      Jemaah Menteri
IV     Parlimen
A      I, II, dan III
B      I, II, dan IV                                            
C     I, III, dan IV
D     II, III, dan IV

7.         Apakah yang dimaksudkan dengan   keluhuran   perlembagaan? (ms 163)
A      Ketertiban, keagungan, dan ketertinggian undang-undang itu sendiri
B      Keagungan dan ketertinggian undang-undang itu sendiri
C      Ketelusan dan ketertinggian undang-undang itu sendiri
D      Ketelusan dan ketertiban undang-undang itu sendiri

8.         Apakah yang diatasi oleh keluhuran Perlembagaan Malaysia? (ms 163)
I        Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
II       Yang di-Pertuan Agong
III      Mahkamah
IV     Parlimen
A      I, II, dan III            
B      I, II, dan IV            
C      I, III, dan IV           
D      II, III, dan IV

9.         Apakah faktor yang menyebabkan sesuatu undang-undang tidak sah? (ms 163)
A      Bercanggah dengan kehendak mahkamah
B      Bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia
C      Bercanggah dengan perlembagaan negeri
D      Bercanggah dengan undang-undang sivil

10.     Mengapakah Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk menentukan kesahihan setiap undang-undang? (ms 164)
A      Bagi menjamin keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia
B      Bagi menjamin kejernihan dan ketertinggian kuasa mahkamah
C      Bagi menjamin ketelusan dan ketertinggian kuasa mahkamah             
D      Bagi menjamin ketertinggian parlimen Malaysia


11.     Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan perlembagaan Malaysia? (ms 164)
I        Menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi
II       Menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat dagang di negara ini
III      Menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan, dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
IV     Memperuntukkan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah

A      I, II, dan III                             B       I, II, dan IV                                    
C      I, III, dan IV                            D       II, III, dan IV

12.     Mengapakah hak kerakyatan seseorang boleh dilucutkan?  (ms 164)
I        Berkunjung ke luar negara melebihi satu tahun
II       Mempunyai kerakyatan negara lain
III      Tidak setia kepada negara
IV     Dijatuhkan hukuman mati

A      I dan  II                                   B       II dan III                                        
C    III dan IV                                   D       I dan IV

13.     Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan hak keistimewaan orang Melayu?  (ms 164)
I        Biasiswa
II       Kuota rumah
III      Kemudahan pendidikan
IV     Pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam
A      I, II, dan III                             B              I, II, dan IV                              
C      I, III, dan IV                            D             II, III, dan IV

14.     Sejak tahun 1957, Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali. Apakah tujuan pindaan tersebut dibuat? (ms 165)
I        Menjaga keselamatan negara
II       Melindungi kepentingan rakyat
III      Melicinkan urusan pentadbiran negara
IV     Melindungi kuasa parti yang memerintah
A      I, II, dan III                             B              I, II, dan IV                              
C      I, III, dan IV                            D             II, III, dan IV

15.     Antara berikut, yang manakah merupakan perkara sensitif dalam perlembagaan yang tidak boleh dipersoalkan? (ms 165)
I        Agama Islam
II       Pemerintahan beraja
III      Kedudukan bahasa Melayu
IV     Kedudukan Perdana Menteri
A      I, II, dan III                             B              I, II, dan IV                              
C      I, III, dan IV                            D             II, III, dan IV

16.     Antara berikut, yang manakah merupakan cabang kuasa pemerintahan di Malaysia?  (ms 172)
 I       Badan pelaksana
II       Badan kehakiman
III      Badan perundangan
IV     Badan Majlis Raja-Raja Melayu

A      I, II, dan III                             B              I, II, dan IV
C      I, III, dan IV                            D             II, III, dan IV

17.     Mengapakah Malaysia mengamalkan konsep pengasingan kuasa? (ms 171)
A      Mengelakkan berlakunya kezaliman ke atas rakyat
B      Mengelakkan ketidaktelusan pemerintahan
C      Mengelakkan pembolotan kekayaan negara
D      Mengelakkan pembolotan kuasa

18.     Apakah   fungsi  badan  perundangan Malaysia? (ms 172)
A      Menggubal undang-undang bagi   menjamin   keadilan dan kesejahteraan rakyat
B      Menggubal undang-undang bagi menjamin keamanan dan kemakmuran negara
C      Menggubal undang-undang bagi menjamin ketelusan perlaksanaannya
D      Menggubal undang-undang bagi menjamin ketertinggiannya

19.     Apakah maksud Raja Berperlembagaan? (ms 167)
A      Kuasa Majlis Raja-Raja Melayu mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia
B      Kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia
C      Sistem pentadbiran beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia
D      Sistem pentadbiran beraja berteraskan sistem warisan Kesultanan Melayu Melaka


20.     Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan Dewan Negara? (ms 172)
I        Terdiri daripada 69 orang ahli
II       Merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan
III      Mewakili setiap negeri kecuali wilayah-wilayah persekutuan
IV     Mereka dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihan raya

A      I, II, dan III                             B              I, II, dan IV
C      I, III, dan IV                            D             II, III, dan IV


21.     Negara kita Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berpalimen setelah mencapai kemerdekaan. Sistem ini membolehkan rakyat    (ms 172)
A      berhak membentuk kerajaan
B      berpeluang memilih ketua negara
C      boleh menukar sistem pemerintahan
D      bebas memilih perwakilan di Dewan Negara
22.     Mengapakah perlembagaan negara menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan? (ms 162)
I        Panduan dalam pemerintahan
II       Peraturan kepada pemerintah
III      Jaminan pencerobohan musuh
IV     Jaminan tanggungjawab kepada rakyat

A      I, II dan III                              B              I,II dan IV
C      I, III dan IV                             D             II,III dan IV

23.     Mengapakah kerajaan Malaysia membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri? (ms 171)
A      Syarat British memberi kemerdekaan kepada negara
B      Perjanjian antara Menteri Besar dengan Perdana Menteri
C      Pakatan murni antara pemerintah pusat dengan negeri
D      Termaktub di dalam perlembagaan negara

24.     Antara berikut apakah bukti yang menunjukkan perlembagaan negara kita dianggap luhur? (ms 163)
I        Undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan boleh dipinda
II       Undang-undang negeri mestilah selaras dengan perlembagaan negara
III      Mahkamah membatalkan undang-undang  yang   bercanggah   dengan perlembagaan
IV     Mahkamah berkuasa menentu kesahihan setiap undang-undang yang digubal

A      I, II dan III                              B              I, II dan IV
C      I,  III dan IV                            D             II, III dan IV

25.     Perlembagaan Malaysia menjaminkan hak asasi kepada semua rakyat. Apakah yang dimaksudkan hak asasi? (ms 164)
A      Kebebasan beragama dan memiliki harta secara sah
B      Kcbebasan mengkritik dan menghasut masyarakat
C      Kebebasan mendapat biasiswa dan pinjaman perumahan
D      Kebebasan pemberian lesen perniagaan dan perdagangan

26.     Kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah tidak boleh dipersoalkan. Mengapakah syarat khas di atas termaktub dalam Perlembagaan Malaysia? (ms 164)
A      Negeri-negeri tersebut masih mundur
B      Meningkatkan taraf hidup rakyat
C      Persetujuan menyertai Malaysia
D      Selaras dengan bumiputera Tanah Melayu

27.     Perlembagaan negara boleh dipinda dari masa ke semasa bertujuan untuk   (ms 165)
I        dipatuhi oleh rakyat dengan hati yang terbuka
II       sentiasa relevan dengan keperluan semasa
III      dapat memenuhi tuntutan pembangkang
IV     melicinkan urusan pentadbiran negara

A      I. II dan III                              B              I, II dan IV
C      I,III dan IV                              D             II,III dan IV


28.     Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat secara bergilir-gilir di kalangan sembilan orang Raja Melayu. Pemilihan dilaksanakan mengikut    (ms 168)
A      budi bicara Raja-Raja Melayu
B      peruntukan Perlembagaan Malaysia
C      persetujuan Perdana Menteri
D      pemilihan di kalangan rakyat

    Undang-Undang Darurat
    Pembubaran Parlimen
29.     Siapakah yang berkuasa mengisytiharkan maklumat di atas dalam negara kita Malaysia? (ms 168)
A      Perdana Menteri
B      Ketua Hakim Negara
C      Ketua Setiausaha Negara
D      Yang di-Pertuan Agong

30.     Antara berikut yang manakah ciri-ciri seorang Senator yang mewakili Parlimen Malaysia? (ms 172)
I        Dipilih melalui pilihan raya
II       Berumur melebihi 30 tahun
III      Tempoh jawatan tiga tahun
IV     Ahli Dewan Negara

A      I,II dan III                               B              I,II dan IV
C      I,III dan IV                              D             II,III dan IV

31.     Setiap rang undang-undang di baca beberapa kali di dalam Parlimen untuk diluluskan sebagai akta. Bacaan ketiga rang undang-undang di Dewan Rakyat untuk  (ms 172)

A      diteliti dengan terperinci oleh ahli
B      dibaca tajuk rang undang-undang
C      dibahaskan oleh ahli secara terperinci
D      dikaji kesahihan rang undang-undang



    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
    Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
    Suruhanjaya Undang-Undang dan Kehakiman

32.     Apakah tujuan penubuhan Suruhanjaya di atas dalam perkhidmatan awam? (ms 174)
I        Mengendalikan urusan pembayaran gaji
II       Mengendalikan urusan kenaikan pangkat
III      Mengendalikan urusan pelantikan
IV     Mengendalikan urusan pemantauan disiplin

A      I, II dan III                              B              I,II dan IV
C      I,III dan IV                              D             II, III dan lV

33.     Mahkamah mempunyai kuasa mentafsir undang-undang tetapi tidak boleh meminda undang-undang kerana kuasa tersebut di bawah   (ms 175)
A      Kerajaan Persekutuan
B      Badan Pelaksana
C      Badan Perundangan
D      Suruhanjaya Kehakiman

34.     Antara yang berikut pihak mana yang terlibat dalam pilihan raya di Malaysia? (ms 177)
I        Calon
II       Pengundi
III      Dewan Rakyat
IV     Suruhanjaya Pilihan Raya

A      I, II dan III                              B              I,II dan IV
C      I,III dan IV                              D             II, III dan IV

35.     Seseorang warganegara akan hilang sebagai ahli Parlimen atau ahli Undangan Negeri jika   (ms 179)
A      menjalankan perniagaan dengan ahli keluarga
B      dikenakan penjara lebih daripada setahun
C      gagal menghadiri persidangan Dewan
D      dikenakan denda sebanyak RMl000

36.     Mengapakah pililihan raya di negara kita penting kepada semua warganegara Malaysia? (ms 177)
I        Untuk menentukan pemilihan pemimpin negara
II       Untuk menentukan bentuk kerajaan yang memerintah
III      Untuk mengetahui perkembangan politik semasa
IV     Untuk mengeratkan hubungan antara kaum

A      I, II dan III                              B              I, II dan IV
C      I, III dan IV                             D             II, III dan IV

37.     Pembentukan parti politik di Malaysia lebih bersifat perkauman. Mengapa?  (ms 180)
A      Tertakluk dengan Perlembagaan Malaysia
B      Syarat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya
C      Menjaga kepentingan kaum masing-masing
D      Mudah untuk menyampaikan maklumat

38.     Senarai negeri bermakna bidang kuasa yang diperuntukkan kepada Kerajaan Negeri dalam  pengagihan kuasa Kerajaan Malaysia.  Antara berikut yang manakah bidang kuasa negeri?   (ms 185)
I        Undang-Undang lslam
II       Kesihatan
III      Perhutanan
IV     Tanah

A      I, II dan III                              B              I, II dan IV
C      I, III dan IV                             D             II, III dan IV

39.     Bendera Malaysia merupakan lambang kebanggaan rakyat Malaysia. Apakah kepentingan bendera negara dikibarkan setelah mencapai sesuatu kejayaan?   (ms 189)
A      Kebanggaan terhadap negara
B      Menunjukkan identiti negara
C      Sebagai tradisi kepada sesebuah negara
D      Untuk menunjukkan negara yang diwakili

40.     Lagu Negaraku dimainkan apabila peserta negara mencapai kejayaan dalam sukan yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Mengapakah lagu negara dimainkan?   (ms 191)
A      Untuk memperdengar kemerduan irama
B      Sebagai penghormatan kepada negara
C      Menjadi acara rasmi setiap kejohanan
D      Mengeratkan perpaduan di kalangan peserta
--------------------------------------------------------------------RUJUK BUKU TEKS TINGKATAN 5 ----------------------------------------- 

SOALAN SUBJEKTIF DAN CONTOH JAWAPAN



BAB 7                     :               SISTEM PEMERINTAHAN


                                               DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA

Tajuk                      :               Perlembagaan

 


Soalan Struktur


Perlembagaan Malaysia yang menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita, telah mengalami beberapa pindaan sejak tahun 1957. semasa.

 


(a)           Apakah yang dimaksudkan dengan perlembagaan ?

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 162)

 

-                      Merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas pembentukan sesebuah kerajaan

-                      Yang mengandungi peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya

 

[2 markah]

 

 

(b)           Sebutkan ciri-ciri yang menunjukkan keluhuran Perlembagaan Malaysia.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 163)

 

-                      Perlembagaan mengatasi Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah

-               Semua undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan adalah tidak sah

-               Undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan terbatal dengan sendirinya.

-                      Mahkamah berkuasa menjamin ketertinggian Perlembagaan

 

[4 x 1m = Mak. 2 markah]

 


(c)           Senaraikan perkara-perkara dalam perlembagaan yang tidak boleh dipersoalkan.

 (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 165)

 

-                      Pemerintahan beraja

-                      Agama Islam

-                      Kedudukan Bahasa Melayu

-                      Hak istimewa orang Melayu / Bumiputera

 

[4 x 1m = Mak. 3 markah]

 

 

(d)           Senaraikan perkara-perkara dalam perlembagaan yang boleh dipinda dengan majoriti lebih dua          pertiga Dewan Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja..

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 166)

 

                -               Tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja Melayu.

                -               Meminda syarat kewarganegaraan.

-               Kedudukan Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Raja-Raja dan Yang                                          Dipertuan Negeri.

-               Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah.
-               Perubahan sempadan Negeri.

[6 x 1m = Mak. 3 markah]

 


Tajuk                      :               Perlembagaan

 



Soalan Struktur


Perlembagaan Malaysia yang menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita, telah mengalami beberapa pindaan untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa.

 


(a)           Jelaskan kepentingan perlembagaan kepada negara Malaysia?

                (Ruj :      Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 164 – 165)



Stabil                      -               Berperanan menjamin kestabilan negara dengan menentukan bentuk pentadbirannya.

Pentadbiran           -               Membantu melicinkan pentadbiran.

Panduan                -               Menjadi panduan kepada pemimpin supaya pemerintahannya menepati kehendak                                               perlembagaan.

Taat                        -               Menjamin taat setia rakyat kepada negara.
Kerakyatan            -               Seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain atau tidak setia kepada negara                                            boleh dilucutkan                 kewarganegaraannya.
Asasi                      -               Menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat.
YDPA                      -               Menentukan peranan Yang Dipertuan Agong dalam memelihara hak istimewa orang                                           Melayu dan Bumiputera.
Kerjasama              -               Menjamin kerjasama antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri.
Rujukan -               Menjadi rujukan dalam menggubal undang-undang persekutuan dan negeri.
Melayu                    -               Menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera tidak boleh                                                      dipersoalkan.

[10 x 2m = 12 markah]

 

 


(b)           Nyatakan tujuan pindaan perlembagaan dibuat.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 165)

 

-                      Melindungi kepentingan rakyat

-                      Menjaga keselamatan negara

-                      Melicinkan urusan pentadbiran

-                      Supaya sesuai dengan keperluan semasa

-                      Menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah

-                      Memastikan kandungannya dipatuhi dengan rela hati

-                      Melarang perkara-perkara sensitif dipersoalkan

-                      Memelihara keharmonian rakyat berbilang kaum

 

[8 x 2m = Mak. 8 markah]


Tajuk                      :               Pilihan Raya


Soalan Struktur


Oleh sebab pilihan raya begitu penting dalam sistem pemerintahan demokrasi, proses pilihan raya mestilah dikendalikan oleh sebuah badan bebas yang berwibawa berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.


(a)           Apakah pilihan raya ?
                (Ruj :      Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 177)

-                      Proses memilih wakil rakyat untuk memerintah
-                      Dilakukan secara sulit dengan prosedur yang telus dan teratur
-                      Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkod

[2 markah]


(b)           Apakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya ?
                (Ruj :      Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 177)

-                      Menjamin pilihan raya yang adil
-                      Menjamin pilihan raya bebas daripada tekanan mana-mana pihak.
-                      Menentukan sempadan pilihan raya
-                      Menjalankan pendaftaran pemilih
-                      Mengendalikan pilihan raya
[5 x 1m = Mak. 3 markah]



(c)            Nyatakan keadaan-keadaan yang membolehkan pilihan raya kecil diadakan.
                (Ruj :      Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 178)

-                      Kekosongan kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri
-                      Kematian wakil rakyat
-                      Perletakan jawatan wakil rakyat
-                      Perlucutan jawatan wakil rakyat
[4 x 1m = Mak. 2 markah]



(d)           Senaraikan syarat-syarat yang membolehkan seseorang itu menjadi calon yang   bertanding dalam    pilihan raya.
                (Ruj :      Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 179)

-                      Warganegara Malaysia
-                      Berumur 21 tahun
-                      Bermastautin di Malaysia
-                      Sempurna akal
-                      Bukan seorang muflis
-                      Tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
-                      Tidak disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah

[4 x 1m = Mak. 2 markah]

Tajuk      :               Pilihan Raya


Soalan Esei



(a)           Huraikan proses pilihan raya yang dijalankan di Malaysia.
                (Ruj :      Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 178)



Tarikh                     -               Suruhanjaya menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian.
Penamaan              -               Penamaan calon yang bertanding
Manifesto               -               Parti yang bertanding menyediakan manifesto
Kempen -               Melancarkan kempen pilihan raya.
Tempat                   -               Pengumuman tempat pengundian dan tempat pengiraan undi
Kertas Undi           -               Pemberian kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih                                                 kepada pengundi.
Undi                        -               Pembuangan undi dengan memangkah calon pilihan raya pada kertas undi dan                                                   memasukkan ke dalam peti undi.
Kira                         -               Pengiraan undi.
Umum                    -               Pengumuman keputusan pilihan raya oleh pegawai pilihan raya.

[9 x 2m = Mak. 12 markah]




(b)           Nyatakan syarat-syarat yang membolehkan seseorang itu menjadi pengundi.
                (Ruj :      Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 179 – 180)



Daftar                     -               Namanya terdapat dalam Senarai Daftar Pemilih.
Umur                      -               Berumur 21 tahun.
Mastautin               -               Bermastautin atau tidak bermastautin di Malaysia
Tinggal                   -               Tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya.
Kawasan                -               Boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja.

[5 x 2m = Mak. 8 markah]

  --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 











----------------------------------------------------------------------------------------------------------

2 comments: