Pengenalan



TINGKATAN 5
Tema 10: Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua
Tema 11: Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat
Tema 12: Malaysia dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa

TEMA 10: KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME
SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA
Tema ini menumpukan kepada kebangkitan semangat kebangsaan secara tersusun dalam usaha membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah. Imperialisme Barat telah mengakibatkan berlakunya perubahan politik dan pentadbiran yang seterusnya membawa kepada kemerosotan kepemimpinantempatan. Pengaruh imperialisme Barat merupakan pendorong kepada kebangkitan semangat kebangsaan. Semangat kebangsaan ini diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin setempat, badan-badan dan kesatuan-kesatuan.

TEMA 11: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA
MALAYSIA BERDAULAT
Tema ini memfokuskan konsep negara dan bangsa melalui rentetan - peristiwa di Malaysia. Sejarah pembinaan negara Malaysia bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kesinambungan pembinaan negara dan bangsa Malaysia dapat dilihat dengan jelas pada zaman kerajaan Johor dan Terengganu dengan perlembagaan bertulisnya, kerajaan Kelantan dengan sistem Jemaah Menterinya dan Negeri Sembilan dengan prinsip demokrasi dan konsep persekutuan.
Kemuncak kesedaran tentang pembinaan negara dan bangsa dapat dilihat melalui penentangan terhadap Malayan Union 1946 yang membawa kepada penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948, kemunculan negara berdaulat pada 31 Ogos 1957 dan seterusnya pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.
Pengenalan kepada sistem pemerintahan dan pentadbiran yang cekap melalui Demokrasi Berparlimen telah memberi inspirasi untuk membangunkan ekonomi negara. Perpaduan kaum dipupuk melalui ideologi dan dasar negara seperti Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional.

TEMA 12: MALAYSIA DAN KERJASAMA MASYARAKAT ANTARABANGSA
Tema ini mengisahkan peristiwa Perang Dunia Pertama yang menandakan bermulanya konflik antarabangsa dan membawa kepada penubuhan badan-badan antarabangsa. Namun begitu tumpuan tema ini adalah terhadap peranan dan sumbangan Malaysia dalam mempertingkatkan kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.



Terdapat 3 Tema di dalam silibus tingkatan lima iaitu tema 10, tema 11 dan tema 12. Bab–bab yang terkandung di dalam setiap tema adalah seperti di bawah.

Tema 10: Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua
Bab 1: Kemunculan dan perkembangan Nasionalisme di Asia tenggara
Bab 2: Nasionalisme di Malaysia sehingga perang Dunia Kedua

Tema 11: Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat
Bab 3 : Kesedaran pembinaan negara dan bangsa
Bab 4 : Pembinaan negara dan bangsa Malaysia
Bab 5 : pembinaan negara dan bangsa yang merdeka
Bab 6 : pengukuhan negara dan bangsa Malaysia
Bab 7 : Sistem pemerintahan dan pentadbiran negara Malaysia
Bab 8 : Pembangunan dan perpaduan untuk kesejahteraan


Tema 12: Malaysia dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa
Bab 9 : Malaysia dalam kerjasama antarabangsa

No comments:

Post a Comment